Sergio Ramos akhirnya diumumkan juga sebagai pemain PSG. Semalam berlaku kesilapan teknikal di mana PSG terpaksa menurunkan semula artikel pengumuman Ramos kerana pemain itu masih belum rasmi menandatangani kontrak.

Hari ini Ramos akhirnya sah bergelar pemain PSG dan akan memakai jersi no.4 di kelab itu.

Ramos menyertai PSG secara percuma selepas gagal memeterai kontrak dengan Real Madrid walaupun beliau masih mahu terus kekal bersama mereka.

Real Madrid hanya menawarkan kontrak setahun kepada Ramos. Namun pemain itu meminta 2 tahun. Real Madrid berkeras dengan polisi setahun sahaja kontrak untuk pemain atas 30 tahun.

Selepas mempertimbangkan untuk menerima kontrak setahun itu, Ramos diberitahu, tarikh rundingan telah tamat. Dia terkejut dengan perkara tersebut walaupun sudah sedia menerima kontrak setahun dan pengurangan gaji.

Ramos merupakan pemain pertahanan yang menjadi rebutan banyak kelab termasuk dikaitkan dengan Manchester United, Manchester City dan Chelsea.

Dan kini Ramos sah menjadi milik PSG. Kontrak sehingga 2023 di kelab berpangkalan di Paris itu.

Pengumuman rasmi dan video khas dimuat naik di platform rasmi PSG.

Ramos merupakan pemain kedua datang ke PSG secara percuma selepas Gini Wijnaldum yang menyertai mereka dari Liverpool sebagai ejen beba.

Ramos bergabung dengan Real Madrid dari Sevilla dengan harga 27 juta euro pada tahun 2005 dan kemudian menjadi salah seorang pemain terbaik kelab itu di dalam sejarah.

Ramos bermain 671 perlawanan dan memenangi 22 trofi, termasuk lima di La Liga dan empat Liga Juara-Juara Eropah.

Beliau merupakan pertahanan dengan rekod gol luar biasa untuk kelab dan negaranya. Baru baru ini Ramos disisihkan daripada Euro oleh Sepanyol kerana baru pulih daripada kecederaan.

Baca juga artikel

RASMI: Ramos Tinggalkan Real Madrid Selepas 16 Tahun Kerana Polisi ’30 Tahun’ Kelab

Ramos Terima Keputusan Enrique

Ramos: Tanpa Messi Bersama Barca, Real Madrid Akan Menang Lebih Banyak Piala